Fadhilat 10 hari pertama bulan Zulhijjah Zulhijah

Sepuluh hari pertama yakni (1-10 Zulhijah, kalender Takwim Hijrah) merupakan hari-hari yang terbaik untuk beramal soleh (beramal dengan kebaikan) kerana Allah Taala mengikut perspektif Islam, lebih menyukainya jika dibandingkan mengerjakan amalan-amalan baik pada hari-hari lain dalam tempoh sepanjang satu tahun bagi setiap tahun di dunia.

Perkara ini dijelaskan mengikut Hadis Sahih yang lafaznya diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, ia juga dapat dipertemukan dalam Sahih Bukahri no; 969 dan [[Jami' at-Tirmizi]; no 757. Hadisnya berbunyi:

Tidak ada hari-hari di mana amal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah?, Nabi menjawab: "Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar mempertaruhkan jiwa dan hartanya, lalu tidak kembali dengan sesuatupun."

Dalam riwayat yang lain, ada juga hadis yag menjelaskan Nabi Muhammad , melakukan puasa sunat sembilan hari pada bulan Zulhijah. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sahih Sunan Abu Daud, no. 2129 dan Sahih Al-Sunan al-Sughra oleh Imam Nasa'i, no. 2236.[2]

Adalah Rasulullah melakukan puasa sembilan hari bulan Zulhijah.

Sheikh ul Islam Ibnu Taimiyyah r.a pernah ditanya tentang mana yang lebih utama antara sepuluh hari pertama bulan Zulhijah ataukah sepuluh hari terkhir bulan Ramadan?. Beliau Ibnu Taimiyyah menjawab, "Siang hari sepuluh hari pertama bulan Zulhijah lebih utama dari siang hari sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, dan sepuluh malam terakhir bulan Ramadan lebih utama dari sepuluh malam pertama bulan Zulhijah." (Majmu' Fatawa, 25/287)[3]. Kenyataan Ibnu Taimiyyah ini juga disokong oleh anak muridnya iaitu Ibnul Qayyim.